
Ini berhubung dengan ceramah yang dibuat oleh Nik Amar kepada semua penyokong PAS. Beliau dengan yakin mengatakan bahawa Tun M akan menjadi hantu dan menggangu orang jika beliau tidak lagi hidup.
Katanya lagi ini terbukti kerana Tun M tidak pernah duduk diam dan sering menggangu kepimpinan orang lain termasuk Ahmad Badawi pada suatu ketika dahulu. Demi politik, kita nampak pemimpin PAS begitu lantang bersuara seolah olah mereka tahu apa yang berlaku selepas kematian.
Sedikit latar belakang Nik Amar.
Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Amar bin Abdullah atau Dato’ Nik Amar adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor, Kelantan bertanding di atas tiket PAS.
Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak dan Naib Presiden PAS. Di peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan Timbalan Menteri Besar dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah, Pelaburan dan Sumber Asli Negeri Kelantan.
Sebelum bergiat aktif dalam politik, Dato’ Nik Amar merupakan seorang Pensyarah Jabatan Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya, Selangor dan sempat berkhidmat selama 10 tahun (1985-1995).
Beliau juga sebelum itu pernah menjawat sebagai Penguasa Kastam selama setahun di Pulau Pinang. Beliau seterusnya dipanggil pimpinan PAS Kelantan untuk bertanding di kerusi Parlimen Pengkalan Chepa dan seterusnya bertanding sebagai ADUN Panchor hingga sekarang.
Sila tonton video:
No comments:
Post a Comment